WorldSkills Asia (WS ASIA)

Apakah WorldSkills Asia?

WorldSkills Asia (WS Asia) ialah sebuah organisasi bukan keuntungan peringkat Asia yang terdiri daripada negara-anggota dan wilayah di Asia, yang ditubuhkan untuk mempromosikan kecemerlangan kemahiran teknikal dan vokasional serta pendedahan kepada sistem TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional) berkualiti tinggi.

 Diantara matlamatnya adalah untuk memperkasakan belia Asia melalui kemahiran, mempromosikan kerjasama antarabangsa antara kerajaan, pendidik, industri, serta memberi platform pertandingan kemahiran di rantau Asia.

 Organisasi ini menumpukan kepada empat tiang utama iaitu: Promosi Kemahiran, Pendidikan & Latihan, Kerjasama Antarabangsa, dan Pertandingan Kemahiran.

 Pertandingan WS Asia merupakan acara dua-tahun sekali yang mengumpulkan peserta belia dari negara-anggota Asia di pelbagai bidang kemahiran.

🔍 Dapatkan info menarik setiap edisi pertandingan dengan klik pautan di bawah!

[WorldSkills Asia Taipei 2025]