LATAR BELAKANG CENTER OF EXCELLENCE (COE) WORLDSKILLS MALAYSIA
-
Penubuhan CoE Pertandingan Kemahiran telah diputuskan pada Mesyuarat Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia (MPKM) Bil. 2/2020 pada 1 September 2020 yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri, Kementerian Sumber Manusia. Perkara tersebut turut dimaklumkan di dalam Mesyuarat MPKM Bil. 1/2024 menyatakan berkaitan strategi bagi memperkasakan Pertandingan Kemahiran iaitu dengan mewujudkan CoE Pertandingan Kemahiran.
-
Kewujudan CoE yang lengkap dengan peralatan dan kepakaran yang memenuhi WorldSkills Occupational Standards (WSOS) dan Technical Description (TD) akan menjadi perintis kepada pengenalan teknologi baharu di peringkat pelaksanaan latihan di institut latihan seluruh negara. CoE akan menjadi pusat rujukan berkaitan teknologi terkini yang diperkenalkan di peringkat pertandingan antarabangsa samada dari segi infrastruktur latihan dan kepakaran.
-
PAUTAN: SENARAI PENUH LANTIKAN COE BAGI SETIAP BIDANG KEMAHIRAN MENGIKUT AGENSI TVET


- PAUTAN AKTIVITI COE 2026:


